KL TOWER RAMADAN BUFFET 2018

KL TOWER RAMADAN BUFFET 2018

 

‘IFTAR DISYUKURI, RAMADAN DIBERKATI’

Bersempena dengan bulan Ramadan Al-Mubarak 1439 Hijrah yang bakal menjelma tidak lama lagi, Menara Kuala Lumpur tidak melepaskan peluang untuk mengadakan pelbagai aktiviti menarik sepanjang bulan tersebut. Menyedari keistimewaan bulan itu, Menara Kuala Lumpur tidak ketinggalan untuk turut mengadakan Bufet Ramadandengan bertemakan ‘Iftar disyukuri, Ramadan diberkati’ yang akan bermula pada 21 Mei hingga 12 Jun 2018, dari jam 6.30 petang hingga 10.00 malam di Dewan Bankuet Megaview, Menara Kuala Lumpur. Bufet Ramadan ini bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturrahim tetamu Menara Kuala Lumpur serta sanak saudara dan kawan-kawan ketika ‘Iftar’ (berbuka puasa).

Para tetamu Menara Kuala Lumpur dapat menikmati lebih daripada 80 jenis sajian antarabangsa dan tempatan yang pastinya lazat dan menyelerakan. Sajian istimewa pada tahun ini adalah ‘Oxtail’ Asam Pedas yang jarang-jarang dihidangkan dimana-mana restoran dan tidak lupa juga Kambing Golek serta pencuci mulut Serawa Durian yang pastinya dapat menepati citarasa setiap pengunjung ke Bufet Ramadan di Menara Kuala Lumpur pada tahun ini. Sajian istimewa (Signature Dish) ini disediakan khas oleh rakan kerjasama kami iaitu Restoran Berputar Atmosphere 360.

Sambil menikmati juadah berbuka puasa yang enak, para tetamu juga akan dihiburkan oleh kumpulan muzik dari Menara Kuala Lumpur yang berjenama baru iaitu ‘The Sky’. Mereka akan membuat persembahan setiap hari untuk menghiburkan para tetamu yang hadir.

Bagi Bufet Ramadan ini, kami menawarkan harga istimewa sehingga 20 Mei 2018, dengan harga RM102.00 untuk dewasa dan RM62.00 untuk kanak-kanak. Manakala bagi harga selepas 21 Mei 2018 adalah RM128.00 untuk dewasa dan RM78.00 untuk kanak-kanak. Ianya percuma untuk kanak-kanak berumur 4 tahun dan ke bawah.

Setiap pembelian akan disertakan dengan sampul raya dan tiket percuma ke Pelantar Permandangan (Observation Deck), Menara Kuala Lumpur. Harga-harga yang kami tawarkan amatlah berbaloi dan tiada tandingannya.

Bagi menghargai para tetamu kami yang disayangi, setiap pembelian tiket Bufet Ramadan untuk 10 orang dewasa akan mendapat satu Bufet Ramadan PERCUMA untuk seorang dewasa. Para tetamu juga berpeluang untuk berkunjung ke Pelantar Terbuka (Sky Deck) dengan harga istimewa iaitu RM20.00 untuk dewasa dan RM10.00 untuk kanak-kanak.

Kami menjanjikan pengalaman Mesra Keluarga (Family-Friendly) dengan kemudahan-kemudahan yang ada seperti ruang solat yang selesa dan lain-lain lagi.

Jangan ketinggalan untuk merebut tawaran yang istimewa ini! Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03-2020 5444 atau layari laman sesawang Menara Kuala Lumpur www.menarakl.com.my. Jumpa anda di Menara Kuala Lumpur pada bulan Ramadan ini!



logo-menara-2
Privacy Policy    |   Career    |    Location
Copyright © 2016 KL Tower. All Right Reserved
  KL Tower No. 2 Jalan Punchak Off Jalan P.Ramlee 50250 Kuala Lumpur Malaysia
Last Updated :  
18/06/2018